Loading...

Isnin, 15 Februari 2010

Ana dan Cinta

Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak dahulu, maka gembira bukan kepalang bila ‘mimpi selama ini jadi kenyataan.’ Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang. Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana. Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana salah faham. Hati ana berbelah bahagi.

Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan. Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana. Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya. Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana.

Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus. Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan! Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin cemburu…


Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti ana. Nampaknya, fungsi perkatan ‘teman’ itu tak bermakna. Namun, semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang sebenar. Istilah ‘muda hanya sekali’ terpadam dari kepala ana.

Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi. Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu:

1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana. Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana. Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah.

2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh. Terutamanya zina hati.... Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms, dating dan sebagainya..

Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan ana…..

Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu.

www.iLuvislam.com
oleh: nur islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan